Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    60 akhiri Perkhemahan Belia Bersatu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 60 orang belia telah berjaya menamatkan Perkhemahan Belia Bersatu dan diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada para peserta ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Dalam perkhemahan itu, enam orang peserta turut menerima anugerah bagi tingkah laku cemerlang iaitu Awang Muhd Lukmanul Irfan bin Shamsul Bahrin, Awang Muhammad Ashraf Wafiudin bin Hamdini, Gabriel Yong Chen Wei, Dayang Nuryanie binti Mohd Salleh, Dayang Nur Eazanah binti Haji Rosli dan Dayang Nurul ‘Atiqah binti Zaini.

    Peserta mengongsi bahawa program itu memberikan mereka pengalaman yang unik serta menyediakan platform bagi mereka untuk menyuarakan kebimbangan dan mencadangkan penyelesaian kepada isu-isu serantau dan antarabangsa bagi Brunei dengan harapan untuk menyumbang kepada usaha membina dunia yang lebih baik.

    Mereka turut menyatakan bahawa menerusi perkhemahan itu, ia telah membukakan potensi dan mengembangkan sifat-sifat kepimpinan, tanggungjawab, keyakinan dan menanam semangat patriotisme dalam diri mereka.

    Di samping itu, ia juga telah mempromosikan semangat perpaduan keBruneian dalam diri mereka.

    Perkhemahan Belia Bersatu merupakan program kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan, KKBS dan Persatuan Bekas Peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (BESATU) yang berlangsung selama empat hari bermula 28 November lalu.

    Ia memberikan tumpuan untuk membina nilai-nilai kepimpinan, patriotisme, disiplin, kesukarelawan dan komitmen bagi peserta belia dalam persekitaran berkumpulan
    yang meliputi aktiviti pembentangan dan perbincangan.

    Haji Zakaria (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang wakil peserta perkhemahan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...