Wednesday, May 1, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Bekas juara dunia Jerman tersingkir

    ANKARA, 2 DIS – Bekas juara dunia, Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang ke atas Costa Rica 4-2 pada Khamis di Stadium Al Bayt, Qatar.

    Juara 2014 itu terpaksa meninggalkan pentas Piala Dunia selepas tersingkir hanya dengan perbezaan jaringan, lapor agensi Anadolu.

    Jerman menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E dengan memperoleh empat mata, kurang satu berbanding Sepanyol.

    Dalam perlawanan bertemu Costa Rica, Jerman mendahului seawal minit ke-10 menerusi tandukan Serge Gnabry, menewaskan penjaga gol, Keylor Navas.

    Pada minit ke-58, Costa Rica menyamakan kedudukan apabila Yeltsin Tejeda membolosi gol lawan dan menewaskan penjaga gawang, Manuel Neuer. Costa Rica mendahului pada minit ke-70 apabila Juan Pablo Vargas menjaringkan gol hasil rembatan dari jarak dekat.

    Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain Jerman, Kai Havertz berjaya menyamakan kedudukan 2-2 beberapa minit kemudian.

    Jerman terus mengasak dan berhasil membuahkan jaringan pada minit ke-85 hasil tendangan Havertz sebelum penyerang, Niclas Fullkrug menyumbat gol keempat.

    Aksi cemerlang Jerman gagal membawa pasukan itu ke pusingan seterusnya dan kekecewaan yang sama pernah dialami pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia. – Bernama

    Pemain Jerman, Jamal Musiala (kiri) bersaing dengan pemain Costa Rica, Bryan Oviedo dalam aksi Kumpulan E, Piala Dunia 2022, di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...