Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    60 pemilik Vespa meriahkan sambutan hari raya

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim, seramai 60 orang pemilik motosikal Vespa dengan kerjasama Grand Motors Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti konvoi, hari ini.

    Aktiviti konvoi yang bermula dari Bilik Pameran Grand Motors di Beribi menuju V Plaza di Kuala Belait itu turut disertai oleh kira-kira enam orang pemilik Vespa klasik.

    Menurut Ketua Pemilik Vespa Brunei, Awang Mansur @Maisur bin Kamis, acara konvoi itu dianjurkan bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mengembangkan minat motosikal Vespa di negara ini.

    Beliau mengongsikan bahawa matlamat konvoi berkenaan adalah untuk mengumpulkan pemilik-pemilik motosikal Vespa bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Awang Mansur turut mengongsikan minatnya dalam memiliki motosikal Vespa kerana ia merupakan satu jenama yang klasik dan telah dikenali sejak dulu lagi.

    Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Auto Makmur, Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit.

    Antara pemilik motosikal Vespa yang turut serta dalam acara tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Awang Mansur ketika ditemu bual oleh media. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...