Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    65% syarikat di Jepun gaji pekerja asing atasi kekurangan buruh

    TOKYO, 26 DIS – Kira-kira 65 peratus syarikat di Jepun menggaji pekerja asing untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh, lapor agensi berita Kyodo yang memetik hasil tinjauan kerajaan hari ini.

    Dalam tinjauan dengan pelbagai pilihan jawapan itu, 56.8 peratus syarikat menyatakan bahawa pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun, manakala 18.5 peratus menyebut usaha untuk menggalakkan kepelbagaian, menurut tinjauan Kementerian Buruh.

    Tinjauan itu adalah yang pertama dijalankan oleh kementerian berhubung pekerjaan dan pengambilan pekerja asing, dengan jumlah berkenaan terus meningkat di tengah-tengah penduduk Jepun yang menghadapi populasi menua dan semakin berkurangan.

    Tinjauan terhadap syarikat yang menggaji lima atau lebih pekerja asing yang dijalankan pada Oktober dan November 2023, mendapat maklum balas daripada 3,534 perniagaan dan 11,629 pekerja.

    Ditanya mengenai cabaran di tempat kerja, 44.8 peratus syarikat menyatakan kesukaran untuk berkomunikasi dengan pekerja asing. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda