Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    67 pelajar cemerlang dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 67 orang pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Akademik yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang diraikan dalam pelbagai kategori ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah YSHHB, Hajah Suciyati binti Haji Sulaiman.

    Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen yang juga Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapannya antara lain menjelaskan, majlis berkenaan adalah sebagai memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam bidang akademik dan bukan akademik.

    Beliau seterusnya menyeru pelajar untuk terus berusaha mencapai yang lebih baik dan bersedia bagi menerima cabaran, kekal fokus dan terus menyertai program dan aktiviti sekolah.

    “Adalah penting untuk berkembang secara holistik dan menikmati perjalanan pembelajaran bagi mencapai matlamat,” tambahnya.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada kelab-kelab CCA dan diserikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

    ATAS & BAWAH : Hajah Suciyati bergambar bersama pelajar yang diraikan pada majlis yang berlangsung di dewan serba guna SM YSHHB kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...