Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Filipina, pemberontak setuju sambung semula rundingan damai

    MANILA, 28 NOV – Kerajaan Filipina dan pemberontak komunis hari ini berkata bahawa mereka telah bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai untuk menamatkan salah satu pemberontakan Maois yang paling lama berlaku di dunia.

    Perjuangan bersenjata yang berterusan, yang dilancarkan pada 1969, berkembang daripada gerakan komunis global dan menemui keadaan yang sesuai untuk merekrut anggota dalam kalangan golongan miskin di kawasan luar bandar Filipina.

    Pada kemuncaknya pada 1980an, kumpulan itu mempunyai kira-kira 26,000 pejuang, jumlah yang dikatakan oleh tentera kini berkurangan kepada kurang daripada 2,000.

    Pentadbiran Filipina berturut-turut telah mengadakan rundingan damai dengan komunis melalui sayap politik mereka yang berpangkalan di Belanda iaitu National Democratic Front (NDF).

    Usaha terbaharu ini menyusuli perbincangan tidak rasmi di Belanda dan Norway yang bermula pada 2022 dan dipermudahkan oleh kerajaan Norway, kata pegawai kepada wartawan di Manila.

    “Pihak-pihak bersetuju dengan resolusi konflik bersenjata yang berprinsip dan aman,” kata satu kenyataan bersama yang ditandatangani di ibu negara Norway, Oslo pada 23 November. – AFP

    Penasihat Khas kepada Presiden, Antonio Lagdameo dan Luis Jalandoni dari NDF berjabat tangan selepas menandatangani visi bersama di Dewan Bandaraya Oslo pada 23 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...