Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Menara bursa saham Copenhagen musnah dijilat api

    COPENHAGEN, 16 APRIL – Kebakaran besar hari ini memusnahkan bekas bursa saham Copenhagen abad ke-17 yang menumbangkan menara mercu tanda bangunan bersejarah itu.
     
    Menara 54 meter itu tumbang dalam kebakaran di bangunan Borsen, yang sedang menjalani pengubahsuaian, menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian.
     
    Menara itu retak dan terhempas ke jalan di bawah. Gambar-gambar dramatik menunjukkan kepulan asap hitam yang besar keluar dari bangunan itu.
     
    Bangunan Borsen, yang ditugaskan oleh Raja Christian IV dan dibina antara tahun 1619 dan 1640, merupakan salah satu mercu tanda Copenhagen yang paling terkenal.
     
    “Imej menakutkan dari Borsen pagi ini. Warisan budaya 400 tahun Denmark terbakar,” Menteri Kebudayaan, Jakob Engel-Schmidt menulis dalam catatan di X, bekas Twitter.
     
    Kepulan asap kelihatan dari Bursa Saham Lama, Borsen, di Copenhagen, Denmark, kelmarin. – AP
    Imej-imej itu mengimbau kembali bencana di Katedral Notre Dame di Paris, hampir lima tahun lalu apabila puncak menaranya turut musnah akibat kebakaran.
     
    Imej dari tempat kejadian menunjukkan beberapa orang menyelamatkan karya seni, termasuk lukisan bangunan itu.
     
    Terletak bersebelahan parlimen Denmark, Christiansborg Palace, bangunan itu menempatkan bursa saham sehingga tahun 1970an dan kini berfungsi sebagai ibu pejabat Dewan Perniagaan Denmark.
     
    Menurut Dewan Perniagaan Denmark, kebakaran bermula pada 7:30 pagi.
     
    Bangunan batu-bata merah dan bumbung tembaga, salah satu yang tertua di ibu negara Denmark, sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian apabila ia terbakar, di mana puncanya masih belum diketahui. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...