Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    68 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Sebanyak 68 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah ke-8 anjuran Kingston Beverage & Creamery (KBC) yang berlangsung di Perindustrian Ringan Beribi.

              Kempen yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu merupakan salah satu inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

                Ia juga merupakan inisiatif syarikat dalam menyebarkan luaskan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah untuk meningkatkan bekalan darah di hospital-hospital.

                Darah yang berjaya dikumpulkan akan dapat digunakan untuk pesakit-pesakit yang sedang dalam rawatan atau menjalani pembedahan.

                Sempena kempen berkenaan, syarikat tersebut juga memberikan aiskrim percuma kepada para penderma.

    (ATAS dan Bawah) Antara yang hadir untuk mendermakan darah pada kempen tersebut di Beribi Light Indutsrial.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda