Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    69 juta kanak-kanak hidup miskin di 40 negara terkaya dunia

    GENEVA, 6 DIS – Seramai 69 juta kanak-kanak atau lebih daripada satu berbanding lima hidup dalam kemiskinan di 40 negara terkaya di dunia, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, mengecam Britain dan Perancis disebabkan kedudukan mereka yang sangat teruk.

    Walaupun terdapat penurunan dalam kadar kemiskinan kanak-kanak dalam tempoh dari tahun 2012 hingga 2014 dan 2019 hingga 2021, kira-kira 8 peratus dalam 40 negara kaya Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang dinilai.

    “Ini bersamaan dengan kira-kira 6 juta kanak-kanak daripada jumlah populasi kanak-kanak 291 juta,” kata UNICEF Innocenti, cabang penyelidikan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Tetapi pada akhir tahun 2021 masih terdapat lebih daripada 69 juta kanak-kanak hidup dalam kemiskinan di negara tersebut.

    “Bagi kebanyakan kanak-kanak ini bermakna mereka mungkin membesar tanpa makanan berkhasiat yang mencukupi, pakaian, bekalan sekolah atau tempat tinggal yang selesa,” kata Bo Viktor Nylund dari UNICEF Innocenti, yang menekankan kesan perjuangan sedemikian terhadap kesihatan fizikal dan mental golongan muda.

    Angka UNICEF adalah berdasarkan kemiskinan relatif, iaitu sekitar 60 peratus daripada pendapatan median negara, sering digunakan di negara maju untuk mewujudkan tahap kemiskinan mereka sendiri.

    Laporan itu menggesa tindakan untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak dan kemahuan politik dalam kalangan negara yang dikaji, menekankan bahawa kekayaan sesebuah negara tidak secara automatik membebaskan kanak-kanak daripada kemiskinan. – AFP

    Sebahagian penduduk miskin tidur di bawah tangga, di jalan Lyon, tengah-timur Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...