Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Diplomat tertinggi China-AS adakan perbincangan

    BEIJING, 6 DIS – Diplomat tertinggi China dan Amerika Syarikat (AS) telah membincangkan konflik Israel-Hamas melalui panggilan telefon hari ini, kata Beijing dan Washington, bersepakat untuk meredakan peperangan di Timur Tengah.

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, ‘mengulangi keperluan untuk semua pihak bekerjasama bagi menghalang konflik ini daripada merebak,’ menurut Jabatan Negeri AS.

    Beijing berkata Menteri Luar Negeri, Wang Yi menekankan mengenai konflik antara Israel dan Hamas, ‘keutamaan utama adalah untuk melancar gencatan senjata dan mengakhiri perang dengan segera.’

    “Negara-negara besar perlu mematuhi kebenaran, tidak berat sebelah, menegakkan keadilan, menunjukkan ketenangan dan rasionaliti dan berusaha sebaik mungkin untuk meredakan situasi dan mencegah bencana kemanusiaan berskala besar,” kata Wang, menurut Kementerian Luar Negeri.

    Beliau mengulangi seruan Beijing untuk penyelesaian dua buah negara terhadap konflik itu, dengan menekankan ‘sebarang perjanjian yang melibatkan masa depan Palestin harus mencerminkan kehendak rakyat Palestin.’

    “China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk berusaha ke arah itu,” katanya.
    Blinken telah mengadakan beberapa lawatan ke Timur Tengah dalam beberapa bulan terakhir ini ketika Israel meneruskan kempen serangannya di Semenanjung Gaza yang terkepung, untuk menghancurkan kumpulan Islam Palestin, Hamas.

    China mempunyai hubungan baik dengan Iran, dengan kepimpinan kedua-dua negara menyokong Hamas, yang telah melakukan serangan ke atas Israel 7 Oktober lalu. – AFP

    Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, ketika menandatangani buku takziah bagi Henry Kissinger di Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing, pada 5 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...