Monday, April 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    6b tan pasir dikorek setiap tahun

    GENEVA, 5 SEPT – Kira-kira enam bilion tan pasir dan sedimen lain diekstrak dari lautan dunia setiap tahun, kata PBB hari ini, sambil memberi amaran mengenai kesan buruk yang dahsyat terhadap biodiversiti dan komuniti pantai.

    Mengumumkan pelancaran platform data global pertama mengenai pengekstrakan sedimen dalam persekitaran marin, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), memberi amaran bahawa skala pengorekan semakin berkembang, dengan akibat yang teruk.

    “Skala kesan alam sekitar aktiviti perlombongan laut cetek dan pengorekan ini amat membimbangkan,” kata Pascal Peduzzi, yang mengetuai pusat analisis UNEP GRID-Geneva.

    Beliau menunjukkan kesan terhadap biodiversiti, serta kekeruhan air dan kesan bunyi ke atas mamalia marin.

    Platform data baharu itu, Marine Sand Watch, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjejak dan memantau aktiviti pengorekan pasir, tanah liat, kelodak, kerikil dan batu di persekitaran marin dunia.

    Ia menggunakan apa yang dipanggil sebagai isyarat Sistem Pengenalan Automatik (AIS) untuk kapal yang digabungkan dengan AI bagi mengenal pasti operasi kapal pengorekan, termasuk di kawasan panas seperti Laut Utara dan pantai timur Amerika Syarikat.

    “Isyarat yang dipancarkan oleh kapal membenarkan akses kepada pergerakan setiap kapal di planet ini,” kata Peduzzi kepada AFP, sambil menambah bahawa AI membolehkan lambakan data yang dikumpulkan untuk dianalisis.

    Proses itu masih di peringkat awal, dan setakat ini, hanya sekitar 50 peratus kapal sedang dipantau. – AFP

    Pengorekan pasir yang tidak dikawal membawa kepada kehilangan mikro-organisma lautan dan mengancam kepelbagaian biologi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda