KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sejarah tersendiri apabila menjalankan pengujian bahan salutan geopolimer di makmal antarabangsa Rutherford Appleton Laboratory (RAL), United Kingdom. Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata ia merupakan kali pertama bahan berasaskan geopolimer diuji di kemudahan bertaraf antarabangsa, yang sebelum ini lebih tertumpu kepada bahan