Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    7.5 juta ekor ayam dihapuskan basmi selesema burung

    CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN , 4 OKT – Afrika Selatan telah menghapuskan kira-kira 7.5 juta ekor ayam dalam usaha untuk membendung puluhan penularan dua strain berbeza selesema burung yang mengancam kekurangan bekalan telur dan daging ayam untuk pengguna, kata kerajaan dan persatuan ayam kebangsaan, kelmarin.

    Sekurang-kurangnya 205,000 ekor ayam telah mati akibat selesema burung dalam sekurang-kurangnya 60 wabak berasingan di seluruh negara, dengan lebih separuh daripada wabak itu dicatatkan di wilayah Gauteng, yang termasuk bandar terbesar negara itu, Johannesburg, dan ibu negara, Pretoria.

    Beberapa buah kedai runcit di Johannesburg mengehadkan jumlah penjualan telur kepada pelanggan pada minggu ini dan dan kerajaan mengakui terdapat ‘kekangan bekalan’.

    Kerajaan mengumumkan kira-kira 2.5 juta ekor ayam pedaging telah dihapuskan. Persatuan ayam Afrika Selatan berkata lima juta ekor ayam bertelur telah dihapuskan. 7.5 juta ekor burung mewakili kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada jumlah stok ayam Afrika Selatan, kata Pengurus Besar Persatuan ayam Afrika Selatan Izaak Breitenbach.- AP

    Afrika Selatan telah menghapuskan kira-kira 7.5 juta ekor ayam dalam usaha untuk membendung penularan selesema burung.- AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda