Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 pendatang tanpa izin memasuki Sarawak diusir balik ke Indonesia

    KUCHING, 31 JULAI – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan tujuh warga Indonesia yang cuba memasuki ke negara ini secara haram melalui jalan tikus di sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Biawak di daerah Lundu, kira-kira 100 kilometer dari sini, semalam.

    Menurut kenyataan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) hari ini, kesemua mereka yang berusia antara 31 dan 46 tahun itu terdiri daripada enam lelaki, dan seorang lagi wanita itu ditahan dalam operasi Op Awas/Keris Parang, semalam.

    “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki passport atau pas kerja di Malaysia itu telah masuk secara haram melalui lorong tikus,” katanya.

    Sejumlah wang tunai, sebuah motosikal dan seunit telefon bimbit yang keseluruhannya bernilai RM10,392 turut dirampas sebelum kesemua pendatang tanpa izin itu diusir balik melalui Pos Kawalan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) di Kumba Semunying. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda