Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    7 peranti disumbangkan sokong pembelajaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Tujuh peranti iaitu dua komputer riba dan lima telefon bimbit telah diserahkan kepada Ketua Komuniti dan Komunikasi Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau, Dayang Fatimah binti Haji Jamil bagi membolehkan guru menjalankan program pembelajaran dalam talian.

    Majlis penyerahan sumbangan daripada Dynamik Technologies dan Progresif itu adalah sebagai sebahagian daripada Kempen Matlamat bagi Pendidikan dan berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), kelmarin.

    Hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak Kempen Matlamat bagi Pendidikan itu ialah Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat Dynamik Technologies, Awang Faizul Yahya dan Amilin Mat Sah daripada Progresif selaku penaja.

    Pemangku Pengarah Bahagian Khidmat Sosial di KKBS, Hajah Noridah binti Abdul Hamid dan Timbalan Pengerusi Program Curahan Ilmu, Dayang Alida binti Alihusin hadir menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut.

    Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kelas Tuisyen Percuma di bawah Program Curahan

    Ilmu anjuran Biro Komuniti dan Komunikasi MPK RPN Panchor Mengkubau iaitu program yang bertujuan membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pelajaran dengan lancar.

    Peranti berkenan akan diedarkan kepada MPK RPN Panchor Mengkubau dan dipinjamkan kepada pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah di negara ini, mereka yang terdiri daripada anak-anak keluarga kurang berkemampuan yang
    berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat serta mereka yang memerlukan di RPN Panchor Mengkubau.

    Matlamat bagi Pendidikan dilaksanakan menerusi kerjasama Dynamik Technologies dan Progresif, yang merupakan sebahagian daripada pendekatan seluruh negara yang bertujuan untuk menyokong inisiatif pembelajaran dalam talian dan pelajar yang memerlukan peranti ICT di seluruh negara.

    Inisiatif berkenaan telah dilancarkan pada tahun lepas selepas sekolah terjejas dengan penutupan akibat wabak COVID-19.

    Sumbangan diserahkan oleh Awang Faizul (kiri) dan Awang Alimin (dua, kanan). – Gambar oleh Lyna Mohamad
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...