Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    725 terima Sijil Taraf Kerakyatan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Seramai 725 penerima Sijil Taraf Kerakyatan hadir dengan semangat baharu dalam majlis penyampaian kali ke-37 yang berlangsung di Dewan Persidangan, BRIDEX hari ini.

    Setiap penerima terlihat gembira dan bersyukur atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah untuk menjadi rakyat di negara ini.

    Muhammad Adnan bin Abdullah Balakrishnan dari Kuala Belait dan Muhammad Shah Hamizan bin Abdullah David, yang mewakili anak beliau dalam menerima sijil kerakyatan, juga menyatakan rasa syukur mereka atas perkenan Baginda untuk mengurniakan sijil kerakyatan.

    Sementara Dayang Haslinda binti Haji Bujang, Dayang Maryanna binti Abdullah dan Dora anak Ajak turut menyembahkan ucapan menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia perkenan untuk menjadi salah seorang penerima kali ini.

    Para penerima merasa teruja dan bersemangat untuk terus menabur bakat mereka kepada negara. Mereka juga berharap penerimaan sijil kerakyatan ini memberi keselesaan dan memudahkan untuk keperluan anak-anak mereka terutama dalam bidang pendidikan.

    Dayang Haslinda menyembahkan ucapan menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia perkenan untuk menjadi salah seorang penerima sijil kerakyatan kali ini.
    Muhammad Shah Hamizan menyatakan rasa syukur atas perkenan Baginda Sultan untuk mengurniakan Sijil Taraf Kerakyatan.
    Muhammad Adnan ketika ditemu bual media.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...