Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    73,000 penonton menari sakan di konsert Taylor Swift cetus ‘gempa bumi kecil’

    Konsert jelajah penyanyi Taylor Swift di Edinburgh, United Kingdom pada Khamis lalu mencipta fenomena apabila 73,000 penonton yang hadir dilaporkan mencetuskan gangguan pada alat pemantau gempa bumi, lapor mStar.

    Menerusi tinjauan yang dibuat Jabatan Geologi Britain, terdapat pergerakan tanah dikesan sejauh 3.7 batu pada hari pertama konsert jelajah itu.

    Ini susulan kemeriahan penonton menari sepanjang persembahan Taylor menghasilkan pergerakan bumi paling tinggi pada hari berkenaan.

    Malah, tepukan gemuruh selama empat minit ketika persembahan lagu Champagne Problems turut menghasilkan pergerakan 23.4 nanometer pada alat pemantau.

    Wakil Jabatan Geological Britain menyifatkan fenomena berkenaan sebagai menakjubkan memandangkan ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

    Pihak mereka turut memuji semangat luar biasa yang ditunjukkan peminat pelantun lagu Shake it Off itu.

    “Sungguh menakjubkan apabila kami dapat mengukur kesan fenomena ini menerusi data kami.

    “Betullah, peminat di UK rata-rata sangat bersemangat,” katanya.

    Untuk rekod, Taylor memulakan Konsert Jelajah Era bermula Mac 2023 di Arizona dan dijadualkan tamat pada Disember tahun ini. – Agensi

    Ribuan peminat yang hadir menggegarkan Stadium Murrayfield, Edinburgh. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda