Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    747 pelajar SM PAPHRSB mula sesi persekolahan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 5 APRIL – Sekolah di seluruh negara mengalu-alukan semua pelajar kembali meneruskan pembelajaran secara fizikal bermula hari ini.

    Murid prasekolah dan Tahun 6 untuk sekolah dengan kurang 50 pelajar, pusat jagaan kanak-kanak, tadika, sekolah menengah, kolej dan pusat tingkatan enam memulakan pembelajaran secara fizikal berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Salah sebuah sekolah di Daerah Belait, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah (SM PAPHRSB) di Kampung Lumut, telah mengalu-alukan pelajar Tahun 7 hingga Tahun 11 hari ini.

    Kesemua pelajar menghadiri sesi pembelajaran di bilik darjah dan makmal dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

    Pemangku pengetua sekolah, Haji Kamal Bahrin bin Haji Jamal, berkata, “Hari ini, kami menerima 747 pelajar yang telah kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara fizikal, di mana sebelum ini pelajar telah belajar di rumah menggunakan Home Based Learning menerusi pembelajaran dalam talian serta Home Learning Packages

    Para pelajar sedang mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah di Kampung Lumut kelmarin.

    “Sementara ramai pelajar hanya memulakan sesi persekolahan secara fizikal hari ini, pelajar Tahun 11 telah memulakan sesi pembelajaran di sekolah lebih awal iaitu dua minggu lalu demi memastikan mereka tidak ketinggalan di belakang kurikulum mereka”, tambahnya.

    Haji Kamal juga berkata untuk keselamatan pelajar, mereka diwajibkan menjalani ujian pantas antigen (ART) tiga kali seminggu.

    “Ujian berkenaan dijalankan pada malam Ahad, Rabu dan Jumaat dan keputusan ART pelajar perlu dihantar kepada ketua guru kelas masing-masing.

    Dengan pelajar beralih kepada pembelajaran secara fizikal di sekolah, Haji Kamal berharap pelajar yang kembali mampu mengikuti dan menamatkan kurikulum pendidikan mereka.

    “Alhamdulillah, semasa pembelajaran di rumah, tidak ramai pelajar yang tercicir dalam pembelajaran mereka kerana Kementerian Pendidikan telah menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan untuk menyokong pendidikan pelajar di sekolah.

    Beliau berharap pelajar yang kembali semula boleh memberikan tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran me-reka serta berinteraksi di kelas dan bertanya soalan mengenai mata pelajaran yang tidak difahami mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda