Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    748 kakitangan JPM terima pingat kehormatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Seramai 748 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menerima Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks JPM, hari ini.

    Daripada jumlah berkenaan, seramai 388 orang telah menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan 360 orang menerima Pingat Kerja Lama (PKL).

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kehormatan ialah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Jabatan Tenaga di JPM, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta para jemputan khas.

    Majlis bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan pengiktirafan bagi warga JPM atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

    Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan itu juga dapat meningkatkan motivasi para penerima untuk terus mencurahkan bakti kepada kerajaan dan negara.

    ATAS & BAWAH: Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti menyampaikan Pingat Kehormatan Negara kepada para penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks JPM, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...