KUCHING, 16 OKT – Polis Sarawak mengenal pasti lapan individu dilarang menyertai perhimpunan atau hadir di pekarangan Mahkamah Sibu esok bagi menyatakan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam perbicaraan kes rusuhan di Kanowit, Khamis lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata perintah mahkamah di bawah Seksyen 98 Tatacara Jenayah telah dikeluarkan berkuat kuasa selama tujuh hari terhadap mereka yang terbabit.
“Ini adalah perintah sementara menghalang perhimpunan dalam kes-kes kacau ganggu dikeluarkan bermula esok hingga 23 Oktober ini bagi menghalang kehadiran individu berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/10/P9-5WEB-freepik_17102023.jpg)