Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    8 saudara baharu terima agihan wang saku

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Lapan orang saudara baharu yang terpilih dan memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan Kurnia Tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menerima agihan wang saku daripada Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada majlis yang diadakan di Pejabat Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

    Para penerima agihan wang saku tersebut ialah Dayang Anis Nadirah binti Abdullah @ Janeo anak Asut, Dayang Nur Iman Yong binti Abdul Rahman @ Yong Chui Ching, Awang Muhammad Eddy Khairi bin Abdul Rahman @ Yamang Ah Puk Choi, Dayang Nursamana binti Haji Abdul Aziz @ Samana binti Yunton, Dayang Kandiah binti Abdullah @ Kandiah binti Samat, Awang Mohammad Ridzuan bin Abdullah @ Pangatin bin Yar, Awang Danial Afiq bin Abdullah @ Norremey bin Nordi dan Dayang Betty Hanifah binti Haji Muhammad Ukit @ Betty Ukit.

    Penyerahan wang saku kepada para penerima itu telah disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

    Setiap saudara baharu berkenaan menerima $2,000 bagi perbelanjaan persendirian yang mana perbelanjaan tersebut juga diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Mualaf.

    Selain itu, saudara-saudara baharu berkenaan juga dikurniakan tambang haji menurut kadar yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan iaitu sebanyak $4,500 seorang dan setiap seorang diberikan sebanyak $9,700 bagi mencukupkan bayaran syarikat pakej haji yang dipilih dan perbelanjaan berkenaan diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Mualaf.

    Haji Abdul Aziz menyampaikan wang saku kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Pejabat Setiausaha Majlis Ugama Islam, KHEU, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...