Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 terperangkap dalam lombong dikhuatiri maut

    BANYUMAS, INDONESIA, 30 JULAI – Lapan orang yang terperangkap di dalam lombong emas haram di pulau Jawa, Indonesia, dikhuatiri meninggal dunia, kata pegawai penyelamat hari ini, ketika usaha mencari mereka memasuki hari kelima tanpa perkembangan ketara.

    Pekerja-pekerja itu sedang menggali di dalam lubang dengan kedalaman 60 meter di kampung Pancurendang, Jawa Tengah, petang Selasa, apabila lombong itu tiba-tiba dibanjiri air.

    Pasukan penyelamat telah mengepam keluar air dan berusaha membentengi sungai berhampiran untuk membuang air daripada syaf lombong itu, tetapi ia masih dibanjiri hari ini.

    “Ini sudah hari kelima. Kami jangkakan berita buruk mangsa telah meninggal dunia,” kata ketua agensi pencari dan penyelamat, Adah Sudarsa, kepada wartawan hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda