LOS ANGELES, 23 OGOS – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dakwaan ke atas 80 orang, sebahagian besar mereka warga Nigeria, atas kesalahan menjalankan operasi pembersihan wang hingga penipuan yang mencuri jutaan dolar daripada para mangsa melalui penipuan Internet.
Para pendakwa raya persekutuan mendedahkan pendakwaan itu selepas 17 orang diberkas dan ditahan di Los Angeles serta di beberapa tempat lain di Amerika Syarikat.
Para suspek didakwa menyasarkan kekasih yang kecewa, warga emas, perniagaan dengan menggunakan pelbagai jenis penipuan bagi memujuk para mangsa untuk menghantar duit mereka melalui Internet. – AFP