Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 individu terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Sikap pemedulian terhadap masyarakat yang kurang berkemampuan di negara ini dapat dilihat dengan pelbagai pihak termasuk sektor swasta giat mengadakan majlis-majlis penyampaian sumbangan.

    Kumpulan Syarikat Teyeem dan Pengasas Syarikat Al Haji T M Badurudeen pagi tadi menghulurkan sumbangan kepada mereka memerlukan di Pasar Raya TM Majeed, Kampung Kilanas.

    Inisiatif yang diadakan buat kali ke-17 itu menyaksikan 80 orang terdiri daripada fakir, miskin, anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan yang bermastautin di Mukim Kilanas menerima sumbangan keperluan harian bernilai $65.

    Penyampaian sumbangan kepada para penerima yang disampaikan oleh Ketua Kampung Kilanas, Awang Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid dan Pengurus Kumpulan TM Majeed, Ferose Khan.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran dipimpin oleh Haji Kamaluddin bin Haji Abdul Rahim.

    Majlis penyerahan berlangsung di Pasar Raya TM Majeed, Kampung Kilanas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Ketua Kampung Kilanas ketika menyampaikan ucapan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Atas&bawah: Haji Mohammad Ameerolbahrynee dan Ferose Khan menyempurnakan penyerahan sumbangan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda