Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    80 pelajar terima biasiswa kerajaan ke luar negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Seramai 80 pelajar yang dianugerahkan Bia-siswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negara telah menandatangani perjanjian mereka pada majlis yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Pelajar berkenaan terdiri daripada 48 penerima Skim Biasiswa Peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Luar Negara manakala 32 lagi di bawah Skim Biasiswa Perubatan dan Pergigian Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersama partner medical dan dental school di luar negara bagi sesi akademik 2022/2023.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Menandatangani perjanjian bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Awang Julaihi bin Mohamad@Mohamat.

    Awang Julaihi menandatangani perjanjian bagi pihak kerajaan dengan disaksikan oleh Dr Haji Azman.
    Para penerima biasiswa menandatangani perjanjian pada majlis penandatanganan perjanjian yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...