Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    80% penduduk Gaza tiada tempat tinggal

    AMERIKA SYARIKAT, 3 JULAI – Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Gaza berkata kelmarin bahawa 1.9 juta orang, iaitu 80 peratus daripada penduduk wilayah itu, kini kehilangan tempat tinggal, sambil menambah beliau ‘amat bimbang’ dengan laporan mengenai perintah pemindahan baharu untuk Khan Yunis.

    PBB menganggarkan sehingga 250,000 orang terjejas oleh arahan tentera Israel meminta orang awam meninggalkan kawasan Khan Yunis dan Rafah di Gaza, yang mempunyai jumlah penduduk 2.4 juta.

    “Penduduk Palestin di Gaza telah terjerumus dalam penderitaan rumah mereka musnah, kehidupan mereka terancam,” kata penyelaras PBB untuk Gaza, Sigrid Kaag, kepada Majlis Keselamatan.

    “Lebih satu juta orang telah dipindahkan sekali lagi, terdesak mencari perlindungan dan keselamatan, (dan) 1.9 juta orang kini dipindahkan di seluruh Gaza,” katanya.

    “Saya amat bimbang dengan laporan mengenai perintah pemindahan baharu yang dikeluarkan di kawasan Khan Yunis,” tambah Kaag.

    “Peperangan itu bukan semata-mata mencipta krisis kemanusiaan yang paling mendalam. Ia telah mencetuskan malapetaka dan kesengsaraan manusia.”

    Beliau berkata bahawa bantuan tidak mencukupi sampai ke semenanjung yang dilanda peperangan itu, dan pembukaan lintasan-lintasan baharu, khususnya ke selatan Gaza, adalah perlu untuk mengelak bencana kemanusiaan.

    Kaag berkata lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir harus dibuka semula, selain merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk berbuat lebih banyak untuk membiayai usaha-usaha bantuan.

    Jumlah bantuan yang memasuki Gaza telah ‘menurun dengan ketara’ sejak permulaan operasi Israel di Rafah, tambahnya. – AFP

    Penyelaras Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula PBB untuk Gaza, Sigrid Kaag menyampaikan taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Timur Tengah, di Ibu Pejabat PBB di New York pada 2 Julai lalu. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Kebakaran tercetus semasa rundingan iklim PBB di Brazil

    BELEM, 21 NOV - Kebakaran meletus di sebuah pejabat...

    PBB kurang dana bantu golongan kebuluran

    ROM, 18 NOV – Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...