Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 warga emas jalani pemeriksaan kesihatan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 JUN – Dengan matlamat menawarkan akses kepada pemeriksaan kesihatan percuma dan mengenal pasti potensi risiko kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol dalam kalangan warga emas di seluruh Daerah Belait, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan untuk 80 warga emas di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kampung Pandan baru-baru ini.

    Wakil dari HPC, Kementerian Kesihatan, Dayangku Salawati binti Pengiran Haji Aji berkata pemeriksaan dan aktiviti yang sama akan diadakan pada masa hadapan. Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan boleh diperoleh di laman media sosial rasmi Instagram @hpcbrunei.

    ATAS & BAWAH: Antara warga emas yang hadir semasa pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Daerah Belait. – Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda