Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    800 penumpang dipindah dalam kebakaran stesen kereta api Jepun

    TOKYO, 4 FEB – Satu kebakaran meletus di sekitar stesen Kereta Api Jepun (JR) di Tokyo hari ini, menjejaskan perkhidmatan kereta api di sebahagian Laluan JR Keihin-Tohoku, di mana 800 orang penumpang dipindahkan, menurut laporan media tempatan.

    Sekitar jam 10:10 pagi waktu tempatan, kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Yamao, Wad Ota, Tokyo, berhampiran Stesen JR Oimori dan seorang penumpang dilaporkan cedera setakat ini.

    Rakaman video oleh penyiar kebangsaan NHK menunjukkan api keluar dari restoran dan bangunan bersebelahan.

    Sebagai tindak balas terhadap kecemasan, Jabatan Bomba Tokyo telah menghantar 24 buah jentera bomba ke tempat kejadian.

    Menurut JR East, operasi kereta api digantung di Laluan JR Keihin-Tohoku antara Stesen Shinagawa dan Stesen Kamata di kedua-dua arah.

    Sementara itu, selepas kereta api 10 gerabak di Laluan JR Keihin-Tohoku berhenti antara Stesen Oimori dan Stesen Kamata, kira-kira 800 orang penumpang yang berada di dalam kereta api tersebut telah dipindahkan ke landasan dan berjalan kaki sebagai langkah berjaga-jaga.

    Disebabkan impak kejadian itu, perkhidmatan JR Tokaido Line juga telah digantung buat sementara waktu antara Stesen Shinagawa dan Stesen Yokohama di kedua-dua arah.

    Laporan dari tempat kejadian menunjukkan terdapat bunyi letupan, dan pihak berkuasa, termasuk jabatan bomba, sedang menjalankan siasatan lanjut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...