Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Belanda tahan 1,000 aktivis alam sekitar di Hague

    AMSTERDAM, 4 FEB – Polis Belanda kelmarin telah menahan kira-kira 1,000 aktivis alam sekitar kerana menghalang lebuh raya di bandar-bandar utama, lapor agensi akhbar Jerman, dpa.

    Tahun lalu, kumpulan alam sekitar, Extinction Rebellion (XR) berkali-kali bertindak menghalang lebuh raya A12 di The Hague bagi menuntut kerajaan memotong semua subsidi bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas.

    Stesen penyiaran awam Belanda, NOS melaporkan bahawa usaha polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang memenuhi jalan raya mengambil masa lebih lama.

    Pihak berkuasa tempatan berkata bahawa lebuh raya itu akan dibuka semula kepada lalu lintas.

    Pada Oktober, majoriti Ahli Parlimen Belanda mengundi untuk mengurangkan subsidi bagi bahan api dan menyeru kerajaan untuk mengemukakan cadangan khusus sebelum akhir 2023. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...