Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    82 anak yatim warga PPDB terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Seramai 82 orang anak-anak yatim bagi warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerima sumbangan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Am Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang diadakan di kawasan Lobi Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan derma ialah isteri Pesuruhjaya Polis, PPDB, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, selaku Yang Dipertua PEKERTI.

    Turut hadir bagi sama-sama menyampaikan derma berkenaan ialah isteri Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, selaku Pengerusi PEKERTI berserta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI yang lain.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan PEKERTI dan ia juga merupakan salah satu usaha untuk menyalurkan sumbangan khusus kepada anak-anak yatim PPDB bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan awal musim persekolahan bagi tahun 2023.

    Anak yatim menerima sumbangan yang diadakan di Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.
    Pengiran Datin Hajah Zauyah menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim warga PPDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda