Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Lapan orang pelanggan Setia Motors Sdn Bhd membawa pulang hadiah-hadiah lumayan dalam cabutan akhir Bonanza Hujung Tahun 2016 Hyundai yang berlangsung Bilik Pameran Hyundai, Beribi, hari ini.
Pada majlis itu, Dayangku Nur Amal Qurratu’aini binti Pengiran Metussin membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $8,888, Awang Nur Iskandar bin Abdul Gani memenangi wang tunai $5,000 selaku pemenang kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Hasnon bin Haji Mohammad Salleh dengan membawa pulang iPhone 7 Plus 256GB.
Manakala itu, pemenang keempat menerima Macbook Air 13 inci, kelima Samsung S7 Edge, keenam iPad Mini 4 32GB Wifi, ketujuh Samsung Galaxy C5 32GB dan hadiah kelapan berupa Samsung J5 Prime 16GB.


Hadir dan menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Pengarah Urusan Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Besar Baiduri Finance Berhad, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil, Awang Irwan bin Lamit, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Abdul Majid Haji Hidup dan para jemputan khas.
Promosi cabutan bertuah itu telah berlangsung dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2016.