Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    9 keluarga terima sumbangan Yayasan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah seperti rumah roboh dan kebakaran rumah.

    Bantuan itu dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

    Sehubungan itu, sejumlah keseluruhan $45,200 sumbangan kewangan telah diserahkan kepada sembilan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh dan kebakaran dari seluruh negara di majlis penyerahan di Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Perdana Menteri.

    Hadir menyampaikan sumbangan kewangan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan Yayasan.

    Pada majlis berkenaan, Yayasan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam musibah rumah roboh. Hadir menerima sumbangan berkenaan adalah Awang Ahmad bin Haji Bakir dari Kampung Setia B, Brunei dan Muara.

    Seterusnya Yayasan menyerahkan sumbangan kepada yang terlibat dalam musibah kebakaran terdiri daripada Awang Ramlee bin Haji Ibrahim dari Kampung Ratan Labi 1, Belait, Awang Muhammad Nazamuddin bin Abdullah Dawat @ Erwandy bin Dawat dari Kampung Pelambaian, Brunei dan Muara, Awang Ismail bin Ali dari Kampung Pelambaian, Brunei dan Muara, Pengiran Yusiman bin Pengiran Haji Yussof dari Kampung Pelambaian, Brunei dan Muara, Awang Hairulasree bin Sahari dari Kampung Pelambaian, Brunei dan Muara, Awang Haji Sufri bin Haji Abdul Rahman dari Kampung Tanjong Bunut, Brunei dan Muara, Awang Panai bin Agong dari Kampung Parit Jalan Batang Duri, Temburong dan Dayang Biru binti Dian dari Kampung Bukit, Tutong.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama penerima bantuan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...