Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Suntik kesedaran hak, perlindungan warga emas

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Seramai 300 orang warga emas terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan kampung, jawatankuasa takmir masjid, Muslimah masjid, Pusat Kegiatan Warga Emas, Pertubuhan WARGAMAS, Persatuan Saudara-saudara Baharu dan Persatuan Siswazah Wanita Brunei menghadiri Klinik Undang-undang Syariah dengan tema Ri‘ayah Warga Emas bagi Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Serba guna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Airport Lama Berakas, pagi tadi.

    Klinik anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Perundangan Islam itu adalah sebagai penutup bagi Klinik Undang-undang Syariah yang telah diadakan sebelum ini bagi Daerah Tutong, Temburong dan Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada klinik tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai, diikuti bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

    Klinik Undang-undang Syariah menjawab persoalan yang diajukan oleh peserta mengenai isu-isu kekeluargaan, pengurusan harta dalam Islam dan jenayah syariah.

    Selain itu, acara turut dimuatkan dengan sesi Sembang Undang-undang Syariah oleh Pengarah Perundangan Islam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Klinik Undang-undang Syariah Ri‘ayah Warga Emas, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Klinik yang dikendalikan oleh tenaga penasihat daripada pelbagai agensi kerajaan itu diharapkan membantu menambah pengetahuan dan kefahaman warga emas dan memberikan jawapan terhadap kemusykilan yang dihadapi serta menyuntik kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab serta perlindungan bagi mereka di sisi undang-undang syariah.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir selaku tetamu kehormat.
    – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Haji Hardifadhillah memberikan penerangan semasa sesi Sembang Undang-undang Syariah. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...