NEW DELHI, 6 OGOS – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 10 lagi cedera hari ini apabila bas sekolah yang mereka naiki terjatuh ke dalam sebuah gaung di daerah Tehri Garhwal di negeri Uttarakhand yang terletak di utara India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.
Nahas itu berlaku pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan di Kampung Kangsali di Jalan Madan Negi Road dalam daerah Tehri Garhwal, kata polis.
Pelajar Sekolah Awam Angel yang cedera telah dimasukkan ke sebuah hospital. Menurut polis, mereka sedang berusaha mengangkut mereka melalui udara ke bandar Rishikesh. Satu Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) telah dikejarkan ke lokasi nahas untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memberi bantuan. – Bernama