Wednesday, December 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 negara jadi rakan kongsi BRICS mulai 2025

    MOSCOW, 24 DIS – Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025, kata pembantu Kremlin Yury Ushakov kelmarin.

    “Menjelang sidang kemuncak di Kazan, kami menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat,” katanya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Tidak dinafikan, satu daripada keputusan terpenting sidang kemuncak itu ialah penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS dan persetujuan mengenai senarai 13 negara. Cadangan telah dihantar ke negara-negara ini.

    “Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS,” kata Ushakov pada taklimat, sambil menambah bahawa negara berkenaan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025.

    “Kami menjangkakan akan menerima maklum balas dalam masa terdekat daripada empat negara lain yang jemputan juga telah dihantar,” kata pembantu itu.

    Lebih daripada 20 negara menunjukkan minat terhadap usaha BRICS dan pintu persatuan itu tetap terbuka untuk kemasukan individu yang berfikiran sama, tambah Ushakov. – Bernama

    Presiden Rusia, Vladimir Putin (kanan) bertemu dengan Presiden Turki Recep, Tayyip Erdogan semasa sidang kemuncak BRICS di Kazan, Rusia, pada 23 Oktober. 9 negara sertai BRICS mulai 2025- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda