Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    900 juta diancam kenaikan paras laut

    AMERIKA SYARIKAT, 15 FEB – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran semalam bahawa pemanasan global mungkin mencetuskan penghijrahan beramai-ramai ketika orang melarikan diri dari kawasan tanah rendah dan menggesa rangka kerja perundangan dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi situasi tersebut, terutamanya bagi pelarian.

    “Risiko adalah besar terutamanya bagi 900 juta penduduk yang tinggal di zon pantai kawasan rendah – yakni satu daripada 10 orang di Bumi,” beritahu Antonio Guterres kepada Majlis Keselamatan PBB.

    “Komuniti yang tinggal di kawasan rendah dan seluruh negara mungkin lenyap selama-lamanya…Kami akan menyaksikan penghijrahan populasi secara besar-besaran,” kata beliau.

    Menurutnya, bukan sahaja negeri pulau kecil yang berdepan risiko ketika paras laut naik.

    Negara seperti Bangladesh, China, India dan Belanda semua berdepan ancaman, kata Guterres, sementara ‘bandar besar di setiap benua akan menghadapi impak serius’ – dari Kaherah ke Jakarta, Los Angeles dan Copenhagen.

    Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) berkata paras laut meningkat sebanyak 15-25 sentimeter di antara 1900 dan 2018.

    Jika dunia menjadi panas dua darjah Celsius berbanding era praperindustrian, paras tersebut akan naik sekali lagi sebanyak 43 sentimeter menjelang 2100. – AFP

    Sukarman berjalan di lorong dibanjiri di luar rumahnya di Timbulsloko, Jawa Tengah, Indonesia pada 30 Julai 2022. Setiausaha Agung Guterres mengingatkan pemanasan global akan mendorong paras laut naik. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...