Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiada gempa bumi dikesan di Sabah, Sarawak – MetMalaysia

    KUALA LUMPUR, 15 FEB – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini. Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.

    Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb. – Bernama

    MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...