Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    923 mangsa banjir dipindahkan di Sabah

    KOTA KINABALU, 2 NOV – Seramai 923 mangsa banjir daripada 301 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah pagi ini, meningkat berbanding 801 mangsa daripada 248 keluarga malam tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, paling terjejas dengan 396 mangsa banjir daripada 125 keluarga dipindahkan di lima PPS di daerah itu. Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (200 mangsa, 73 keluarga); dan Kompleks Sukan Tenom (17 mangsa, enam keluarga).

    “Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini,” kata kenyataan itu.

    Menurut ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir di satu dua tempat terutama di kawasan pedalaman diramal berlaku pada sebelah petang dan malam di Sabah.

    Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebuah jambatan di Jalan Amboi Satu, Tenom mengalami kerosakan serius dan pihaknya mengambil tindakan untuk menutup jambatan itu kepada semua jenis kenderaan.

    “Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tenom-Kuala Tomani, Jalan Amboi 2, dan Jalan Cinta Mata, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memastikan keselamatan diri apabila berdepan dengan air banjir yang melimpah ke jalan raya,” menurut JKR. – Bernama

    Cuaca mendung dan hujan berterusan melanda kawasan pelabuhan dan perairan Laut China Selatan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...