Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    94 kapsul kokain ditemui dalam perut warga Nigeria

    RABAT, 3 DIS – Sebanyak  94 kapsul mengandungi kokain seberat 1.73 kilogram ditemui dalam perut seorang warga Nigeria yang ditahan di sebuah lapangan terbang di Casablanca, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan polis Maghribi semalam.

    Warga Nigeria berusia 44 tahun yang dalam perjalanan dari Sao Paulo, Brazil itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Casablanca Mohammed V pada 25 November.

    Kokain itu dikeluarkan selepas suspek dibawa ke Hospital Universiti Ibn Rochd, di mana dia ditahan beberapa hari untuk pemerhatian.

    Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Menurut statistik rasmi, polis Maghribi telah merampas 1.65 tan kokain pada 2018 berbanding 2.8 tan pada 2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda