Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    96 pelajar sertai ceramah antibuli

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 MEI – Seramai 96 pelajar Tahun 7 telah menyertai ceramah yang memfokuskan kepada mentaliti antibuli anjuran Unit Kaunseling bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan bantuan daripada majlis Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Maktab Anthony Abell (AAC), Seria, Daerah Belait yang telah diadakan di bilik persidangan kampus rendah AAC, hari ini.

    Hadir menyelia ceramah tersebut ialah Pengerusi PIBG ACC, Awang Suhaini bin Haji Othman, dan diselajurkan dengan menyampaikan ucapan ringkas dalam menekankan kepentingan memupuk persekitaran yang bebas daripada buli.

    Dalam ucapannya, beliau mengongsikan mengenai buli yang boleh membawa kepada akibat buruk dan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat tetapi juga kepada rakan serta keluarga terdekat.

    Beliau juga berharap bahawa pelajar yang mengambil bahagian berpeluang mempelajari tanda-tanda buli dan cara mengatasinya.

    Majlis tersebut diteruskan dengan ceramah yang diketuai oleh kaunselor ACC, Dayang Lenny binti Haji Wahid.

    Dalam ceramah tersebut, beberapa topik telah disentuh termasuklah punca berlakunya kegiatan buli dan bagaimana ia boleh menjejaskan fizikal dan mental seseorang serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar untuk mengelak dari berlakunya insiden buli.

    Beliau juga menjelaskan bahawa ceramah tersebut pada mulanya ditujukan kepada murid Tahun 7 kerana mereka mewakili akar umbi sekolah dan lebih banyak ceramah akan diteruskan untuk memastikan semua pelajar sekolah menyedari mentaliti antibuli.

    Dayang Lenny menyampaikan ceramah yang menyentuh beberapa tajuk mengenai buli kepada para pelajar Tahun 7.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...