Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    A.Aida menangis DS Johari Harun terkorban dalam nahas Elmina

    Penerbit drama Datuk A. Aida turut terkesan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (AdUN) Pelangai, Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, kelmarin.

    A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, Allahyarham merupakan seorang kenalan dan mereka pernah berhubung atas urusan kerja sebelum ini.

    Malah ia memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan Johari sekitar dua minggu lalu bagi membincangkan tentang penggambaran filem terbaharu terbitan A Aida Production.

    “Saya kenal Allahyarham dan pernah minta bantuannya bagi urusan meminjam helikopter untuk tujuan penggambaran filem terbaru saya.

    “Kali terakhir kami berhubung kira-kira dua minggu lalu dan sepatutnya akan berjumpa pada awal September ini.

    “Saya juga ada berbincang dengan arwah untuk tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen,” katanya ketika dihubungi mStar kelmarin.

    Dalam pada itu, A. Aida berkata, ketika membaca laporan mengenai insiden itu, dia tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui Johari adalah salah seorang mangsa berada dalam pesawat Beechhcraft Model 390 itu.

    “Apabila terima khabar tersebut, saya memang tak dapat menahan air mata. Terkejut sebab arwah turut ada dalam pesawat itu.

    “Saya terkedu seketika dan kematian arwah satu kejadian yang amat menyedihkan,” ujarnya. – Agensi

    A. Aida tidak sangka seorang kenalan turut terlibat dalam nahas. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda