Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    A3 tampil bergaya, sportif

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – T.C.Y Motors Sdn Bhd yang merupakan pengedar kereta jenama Audi di sini, hari ini, memperkenalkan model terkini Audi A3 Sedan versi baharu sempena ulang tahun ke-20 model-model A3.

    Audi A3 ini dilengkapi enjin TFSI 1.2 liter dengan 109 kuasa kuda dan transmisi dwi-klac S Tronic yang merupakan teknologi standard model tersebut.

    Manakala rekaan luarnya diperbaharui dengan gril dan barisan lampu LED bagi bahagian belakang manakala lampu bahagian depan pula berteknologi Xenon Plus dan LED bagi perjalanan mudah waktu pagi.

    A3 ini tampil mewah, bergaya dan sportif sesuai dengan tarafnya yang pernah dicalonkan sebagai Kereta Terbaik 2014. Bahagian dalamannya pula direka kemas dan diperbesarkan kepada 425 liter keluasan muatan apabila tempat duduk belakang dilipat. Ia juga dilengkapi rim aloi 17 inci.

    T.C.Y Motors Sdn Bhd memperkenalkan model terkini Audi A3 Sedan bagi memperingati ulang tahun ke-20 model-model A3.
    T.C.Y Motors Sdn Bhd memperkenalkan model terkini Audi A3 Sedan bagi memperingati ulang tahun ke-20 model-model A3.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda