Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Aziz tampil aksi di Kollywood

    SELEPAS penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi aktor Malaysia Aaron Aziz kini menampilkan aksi  sulungnya dalam sebuah lagi filem Tamil Kollywood.

    Aaron dikatakan telah menjalani penggambaran filem berjudul ‘Tik Tik Tik’ bersama  aktor  terkenal India Jayam Ravi sejak Mac lalu.

    “Saya dan Super Star Tamil Jayam Ravi pada hari pertama penggambaran bersama, Nandri,” catatan beliau di Instagramnya berserta beberapa gambar diambil sewaktu penggambaran di Chennai, India.

    Tik Tik Tik, menandakan bunyi sebuah jam, disebut sebagai filem jelajah angkasa pertama India dan diarah oleh Shakti Soundar Rajan.

    Menurut pengarah itu, selain Ravi dan Aaron, Tik Tik Tik juga dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak dalam watak utama dan iklannya dijangka ditayangkan pada Ogos. – Bernama

    Aaron Aziz bakal menampilkan aksi  sulungnya dalam sebuah filem Tamil Kollywood, ‘Tik Tik Tik’.
    Aaron Aziz bakal menampilkan aksi  sulungnya dalam sebuah filem Tamil Kollywood, ‘Tik Tik Tik’.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda