Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB anjur kempen kebersihan sempena Jubli Intan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Kebersihan diri dan persekitaran adalah amat dituntut oleh Islam lebih-lebih lagi tempat-tempat ibadat seperti masjid dan dewan agama memandangkan masjid adalah tempat khusus bagi menunaikan solat dan pusat kegiatan bagi masyarakat Muslim.

    Sehubungan itu, sempena sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), kempen kebersihan giat dijalankan di 60 buah masjid di keempat-empat daerah sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, kempen berkenaan telah dan sedang dikendalikan di mana 10 buah masjid akan dibersihkan setiap bulan bermula Jun sehingga November depan.

    Pada Jun lalu, kempen tersebut telah dikendalikan di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia; Masjid Al-Muhtadee Billah; Kampung Sungai Kebun; Masjid Kampung Birau; Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kampung Rimba; Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku Katok; Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, Masjid Kampung Kapok; Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Masjid Kampung Bolkiah A; Balai Ibadat Kampung Sibut dan Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria.

    Kempen bagi merapikan, membersihkan dan memperbaiki penampilan dan persekitaran mahupun di dalam masjid itu telah dilaksanakan oleh jabatanarah-jabatanarah di bawah Kementerian Pertahanan dan seluruh unit ABDB sebagai cara untuk menyumbang kepada masyarakat Negara Brunei Darussalam secara umum, dengan tumpuan khusus pada masjid dan dewan agama, serta membantu dan mempromosikan kebersihan sesuai dengan protokol pandemik COVID-19 pada masa ini.

    Anggota ABDB membersihkan kawasan masjid bersempena Jubli Intan ABDB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda