Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Abdul Malik Sofri juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Abdul Malik Sofri bin Mohd Arrifin daripada pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara setelah berjaya menewaskan Aediesopian bin Haji Ismail juga daripada pasukan JB, 6-4 dalam perlawanan akhir Beyblade X, anjuran Undergroundbeyz Tournament yang diadakan di Teratak Dbos, di Kampung Mentiri, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah high pressure washer.

    Sementara itu, Aediesopian daripada pasukan JB merangkul tempat kedua dan ketiga manakala Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada pasukan Ghostbeys (GB) berjaya memenangi tempat keempat.

    Manakala pemenang hadiah lapan teratas pula disandang oleh Abdul Malik Sofri daripada JB, Haji Rosaimi daripada GB, Sallehuddin daripada GB dan Yusri daripada GB.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, pasukan JB masih mengungguli carta liga dengan memperolehi 131 mata diikuti GB yang berkongsi 73 mata dengan pasukan Underground Beys memintas pasukan Santai Aja Bladerz yang mengutip 65 mata dan Beyblade Madness dengan 7 mata.

    Abdul Malik Sofri ketika menerima hadiah utama dalam perlawanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...