PARIS, 22 Feb – Seperti kebanyakan ayah muda, Abraham Poincheval mempunyai masa yang sedikit untuk memikirkan persoalan-persoalan besar dalam kehidupan.
Jadi hari ini artis dari Perancis itu akan dikuburkan selama seminggu di dalam bongkah batu kapur seberat 12 tan dalam muzium kesenian moden di Paris.
“Saya memikirkan mengenainya sebagai satu perjalanan dalaman untuk mencari bagaimana keadaan dunia ini,” kata Poincheval, yang menggorek lubang dalam batu itu cukup besar bagi memuatkan dirinya didalam.
Jika dia selamat dengan masanya sebagai “nadi” batu itu, dia, 44, kemudian akan duduk di atas sedozen telur sehingga menetas.
“Ia adalah kali pertama saya melakukan tugasan dengan barang hidup,” artis itu memberitahu AFP.

Poincheval bukanlah asing kepada persembahan pelik dan menaikkan bulu roma.
Dia pernah menghabiskan masa selama dua minggu dalam kurungan beruang, dikuburkan di bawah batu selama lapan hari dan mengemudi sungai Rhone, Perancis di dalam botol besar.
Dia juga menyeberangi Alps menggunakan tong dan pada tahun lepas menghabiskan masanya selama seminggu di atas tiang setinggi 20 meter (65 kaki) di luar stesen kereta api Paris seperti gaya gereja Kristian.
Dia juga pernah menjadi mol, dan menyeberangi Perancis dengan berjalan kaki dengan garisan lurus bersama seorang sahabat.
Tetapi kurator, Jean de Loisy, dari muzium Palais de Tokyo di mana ‘batu” Poincheval dan persembahan “Telur” diadakan, menegaskan bahawa tugasnya tidak dilihat sebagai aksi berani tetapi sebagai siri perjalanan mistik.
Sebaliknya mereka bertafakur di atas “penerokaan dalaman”, di atas keadaan sebenar dan terhadap kehidupan dalam alam lain di luar diri sendiri,” kata De Loisy. Artis itu memberitahu AFP bahawa dia telah menghabiskan masa beberapa bulan bagi persediaan dari segi mental dan fizikal bagi dirinya untuk kehidupan dalam batu, di mana dia akan duduk dengan lengannya direntangkan. – AFP