PARIS, 2 OKT – AC Milan selamat dari tersingkir dalam pusingan kelayakan di kejohanan Eropah untuk pertama kalinya pada perlawanan semalam dengan menyamakan kedudukan selepas menjaringkan sepakan penalti pada saat-saat akhir masa tambahan dan kemudian memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti 9-8.
Juara Eropah tujuh kali itu mengejar masa tambahan tetapi Toni Borevkovic melakukan kesilapan di petak penalti, dilayangkan kad kuning kedua dan Hakan Calhanoglu
berjaya menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan seri 2-2.
“Anda tidak boleh menang tanpa penderitaan,” kata pengurus Milan, Stefano Pioli. Di perlawanan yang berasingan, bekas juara Eropah Red Star Belgrade, Celtic dan PSV Eindhoven semuanya mara dengan kemenangan.
Tottenham meraih kemenangan 7-2 ke atas Maccabi Haifa, Granada yang bersaing di Eropah untuk pertama kalinya menang 3-1 di Malmo. Manakala Basel melepaskan peluang gol pembukaan di minit ke-18 dan tewas 3-1 di tempat sendiri oleh CSKA Sofia sementara Kelab Bundesliga, Wolfsburg tewas 2-1 kepada AEK di Athens.
Di Portugal, penyerang Belgium, Alexis Saelemaekers meletakkan Milan di depan dengan rembatan kencang di kawasan petak penalti setelah minit ke-51. Francisco Geraldes menyamakan kedudukan selepas minit ke-71 dengan percubaan pertama.
Pada minit pertama masa tambahan, Gelson memimpin pasukan tuan rumah di depan. Milan mempunyai 24 percubaan gol tetapi hanya menyamakan kedudukan selepas Berokovic memberikan penalti apabila bola terkena lengannya. – AFP