Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Acara riadah erat silaturahim

    Oleh Fadhil Yunus –

    TEMBURONG, 22 JAN – Dalam usaha menyemai semangat setiakawan dan menjalinkan hubungan yang lebih erat, Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (PPBNBD) telah mengadakan acara beriadah di Taman Aie Tenab di Selapon, Daerah Temburong baru-baru ini.

    Hadir selaku ketua ahli persatuan tersebut ialah Yang Dipertua PPBNBD, Haji Hamidon bin Haji Mohd Zin, yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan. Pada majlis tersebut, permainan sosial turut diatur untuk menyuntik semangat kerja berpasukan dan sebagai hiburan ke arah gaya hidup sihat.

    Acara tersebut diharap akan mengeratkan hubungan persatuan di samping bertukar-tukar pandangan sesama ahlinya.

    Haji Hamidon bergambar kenangan bersama ahli-ahli PPBNBD. – GAMBAR SERAHAN PPBNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...