Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ada udang di sebalik batu enggan berhenti

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun telah ditahan setelah enggan memberhentikan kenderaannya bagi menjalani pemeriksaan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sehingga terjadi aksi kejar-mengejar pada awal malam tadi.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, PPDB melaporkan bahawa kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan yang mencurigakan dikesan di kawasan Pekan Bangar dan diarah untuk berhenti oleh pihak polis.

    Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan (suspek) bertindak untuk tidak mengendahkannya lalu memecut melarikan diri sehingga berjaya ditahan di kawasan Jalan Kampung Sibulu, Daerah Temburong.

    Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut tidak dilindungi insurans dan cukai jalan yang sah. Pemeriksaan selanjutnya juga mendapati suspek memiliki peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi peralihan kes dan siasatan lanjut.

    Kenyataan menekankan, PPDB akan sentiasa memastikan penugasan di kawasan sempadan dipantau dan diperketat dari semasa ke semasa. Ia bertujuan untuk menyekat sebarang kemasukan-kemasukan berbentuk jenayah seperti penyeludupan barangan secara haram dan sebagainya.

    Antara barangan ditemui dalam kenderaan selepas suspek enggan berhenti ketika ditahan polis.
    Kenderaan yang ditahan semasa pemeriksaan anggota PPDB baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda