Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adams tandatangani kontrak lanjutan

    WASHINGTON, 2 OKT – Pemain tengah New Zealand, Steven Adams telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan NBA, Memphis Grizzlies, menurut pengumuman kelab tersebut, kelmarin.

    Pasukan Grizzlies tidak mendedahkan butiran mengenai kontrak tersebut, tetapi ejen kepada Adams memberitahu ESPN bahawa perjanjian baharu itu adalah untuk dua tahun bernilai AS$25.2 juta dan akan mengekalkan pemain New Zealand itu bersama Memphis sehingga kempen 2024-25.

    Adams secara purata menjaringkan 6.9 mata dan 10 rebound, iaitu yang ter-tinggi dalam kariernya, dan mencatat 3.4 assist sepanjang 76 perlawanan musim lalu selepas ditukar ke Grizzlies dari New Orleans pada Ogos 2021. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda